Pages

Monday, November 1, 2010

Aktiviti

Salam kepada semua ahli Alumni. Buat masa ini masih belum ada aktiviti rasmi alumni kerana kesibukkan semua alumni yg terlibat. Diharapkan kita dapat merealisasikan semua aktiviti pada 2011 kerana semakin ramai yang menyertai alumni secara online dan dapat berhubung antara satu sama lain. Itu antara tujuan awal agar kita dapat sentiasa berhubung. Untuk terus berhubung boleh layari link berikut:

Facebook - http://www.facebook.com/group.php?gid=94047856719

Flickr - http://www.flickr.com/photos/alumnismasu

Youtube (mohon sumbangan video) - http://www.youtube.com/user/alumnihikhmah

Thursday, March 18, 2010

Senarai Ahli Alumni Online

Di bawah adalah ahli yang berdaftar secara online. Disertakan email untuk senang kita berhubung. Semoga ini membantu untuk mencari rakan masing-masing. Terima kasih.

Azmi Ali - motstudio@gmail.com
Siti Khatijah Hamzah - sitikhatijah@oum.edu.my
Kurniawati Kamarudin - paradisonia@gmail.com
Mohd Akmal bin Abdoll Malik - penarikan@gmail.com
Nafri Najib Abdullah - nafri@hwsinaran.com
azrin aripin - cin_de_re_la17@yahoo.com
Emi Norhaszura Othman - eni379@yahoo.com.my
Hanif Bin Haji Mohd Yasin - haniffmy@yahoo.com
Nor Hazilah binti Mohd Idris - srikandi_051188@yahoo.com.my
juriah shaari - juriahshaari@yahoo.com
Norzabidi Abdullah - bobkidi@gmail.com
AZLINA BINTI ALI - azlina.ali@cimb.com
Noriswandi Abdul Wahab - phyronet@gmail.com
SUZIELA ABDUL GHAFAR - suzielaabdulghafar@yahoo.com
Farahiyah Abu Jamin - fadzkal@yahoo.com
Anita Shukor -
TENGKU RUSMAWATI RAJAZAHARIN - rusma16@yahoo.com.my
Mohd Rafidy Bin Abu Bakar - poexx9384@yahoo.com.my
Siti Radziyah A. Rahman - azy_warikhsn@yahoo.com
faradilla darahman - umirock76@yahoo.com
syazwan abdul kadir - fatboyy86@yahoo.com
Asnal Muhammad Arsad - asmar76@gmail.com
Jamaiyatun Rabian - jamaiyatun_rabian@yahoo.com
nurhuda hassan - hudaalanda@yahoo.com
Siti Norsyarira Abdul Rani - farra_1122@yahoo.com
NORAFIZAN BIN MOHD AZIZ - pusyenjr@yahoo.com
MOHD SHAH RIZAN MOHD DAN - shah@bumeriafreight.com
siti noarizah mohd aris - arizah_siti@hotmail.com
norfadilah mohd nor - afad_qface@yahoo.com
zarina ahmad - syg_inna@yahoo.com
Ahmad Firdaus Mohamad Esman - amad_1011@hotmail.com
MOHD KHAIRUL NIZAM BIN MOHD AZIZ - nizam_aziz86@yahoo.com
NOR SAKILAWATI ABD WAHAB - nor_sakilawati@yahoo.com
ZAINURUL IZWAN ZAINAL - zainurul_h@yahoo.com.my
masra bte yahya - nangbetinang@yahoo.com.my
NOR ALINA HJ YUSOP - putri_elysya@yahoo.com
Norkhalisa Zalkarnain - akieysha@yahoo.com
mohd hanis samsudin - blackmushroom408@gmail.com
Shah Rizman Jamil - jebatdarah@yahoo.co.uk
FATIMAH JAAFAR -affa_75@yahoo.com.my / affaJay@gmail.com
NOORSHAHHILA BINTI MASERI - illa_farisha87@yahoo.com
ABDUL LATIF BIN YAAKUP - p_erampaskedaif@yahoo.com

Untuk upload senarai ini dalam bentuk Excel, sila download di sini

Wednesday, March 3, 2010

JAMUAN MAKAN MALAM & PERJUMPAAN KALI KE 2 ‘XSMASU 89-93’

Ini bukan perjumpaan rasmi alumni namun alumni tetap menyokong semua ahli berkumpul walaupun dalam bilangan yang kecil. Sila lihat butiran di bawah.

Tarikh : 01.05.2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat: Pekarangan rumah Syarol Hizan Hamzah
d/a: No. 48, Kampung Terusan, 72500 Juasseh K.Pilah N.Sembilan

Sila beri jawapan kehadiran dan bayaran anda sebelum atau pada
08.04.2010

Bayaran:
Dewasa RM 25.00
kanak-kanak (7 tahun – 12 tahun): RM8.00
Yuaran / sumbangan : RM10.00 seorg. (bekas pelajar xsmasu sahaja)

Sila hubungi :
Aziyan Abu Bakar 012 3066734 email nayiza@yahoo.com
Zarina Ahmad @ Ija 0123493350 email syg_inna@yahoo.com
Syarol Hizan 017 6097770
Suraidah Dahlan 012 2515741 email sue.dahlan@yahoo.com
Faradilla 017 6123018 email umirock76@yahoo.com
Norly Ashekin @ awok 012 6196294 email shekin@htgrp.com.my
Nor Hazlina @ Kak Lang 019 3695298 email alang_hazlina @yahoo.com
Mohd Faizal @ Kodah 010 2435965 email kodah1975@yahoo.com.my
Shuhudul Wahdah 012 3241894 email emeilda97@yahoo.com

Anda sekeluarga adalah tetamu istimewa kami..
P/S: tlg sebarkan pd kawan2 yg lain. Tq.

Tuesday, February 2, 2010

Mesyuarat Penubuhan Alumni Al-Hikmah


Hasil daripada mesyuarat penubuhan alumni pada 30 Januari 201 di Gallery Cafe, balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur - keputusan pemilihan adalah berdasarkan di bawah:

Nama baru alumni : Al-Hikmah

Presiden : Azmi Ali
Naib Presiden : Akmal Malik
Setiausaha : Khairudin Che Tak
Bendahari : Yuhaider Othman

AJK Bertindak
1. Ahmad Firdaus Mohamad Esman
2. Alanda Huda
3. Anita Shukor
4. Abd Razak

* tiada dalam gambar ialah Anita & Abd Razak

Nama alumni yang dipilih 'Al-Hikmah' sempena nama majalah-buku tahunan sekolah kita. Nama itu lebih sinonim dan lebih menjurus kepada sekolah setelah dibincangkan dengan panjang lebar. Semoga kita akan terus bersatu dan sokonglah segala usaha yang dijalankan oleh alumni dan sama-sama kita menggerakkannya.

Emel baru : alumnihikmah@gmail.com
Website baru : http://alumnihikmah.blogspot.com
Facebook : carian - Alumni AL-HIKMAH
Foto gallery (sementara) : http://www.flickr.com/photos/alumnismasu/



Ustaz Rawi Meninggal Dunia


korang semua kenal x ustaz rawi... so sape yg penah kena starlight mesti x lupa punya ngan ustaz rawi. petang tadi sy telah pergi menziarahi beliau dan sempat jg lah solat jenazah buat beliau. beliau menigggal jam 4 pg, 17 Januari 2010 di Kuala Lumpur dan kemudian dibawa ke spg durian utk dikebumikan. Sekalung takziah buat keluarga beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat... (sumber berita dari @محمد شهيد ). - Alanda Huda (taken from facebook).


Sebarkan Ke Alam Maya

Salam dan selamat berjumpo laie. Kami pihak AJK Alumni yang cubo nak mengumpulan semuo budak2 SMASU/SMADHM, sapo2 yang ado kontek kawan2 tu, kasitau la yo. Jenguk blog ni dan join Grup facebook. Yang ponting, isi borang keahlian Alumni AL-HIKMAH. Bukan apo, sonang untuk kito simpan database kek mano semuo bekas2 pelajar dan apo yang dorang tongah buek sekarang. Memang kito merancang nak buek gahtering tapi kalau buleh biarlah mantap sikit dan ramai ahli yang aktif.

Tujuan kito buek Alumni ni pun untuk sambung balik geng2 lamo tak kigho la tuo ko mudo, janji ponah sekolah kek serting tu. Pado semua, mintak email gambar2korang yang terbaru kek alumnihikmah@gmail.com dan kalau ado gambar lamo2 maso sekolah maghin laie elok bagi sekali. Nampak la sikit perubahan eh tu kan. Kok maghin ghambut panjang sampai kono gunting kek Ustaz Rawi, skarang dah botak.ha camtulah..(mcm ceghito diri sendiri yo kan haha..)

(Nada serius) "dan kita jugak nak tubuhkan Tabung Alumni untuk kita membantu setiap ahli Alumni yang memerlukan. Visi kami untuk mendaftar sebagai persatuan yang sah dan insyaallah kalau ada rezeki kita nak tubuhkan Koperasi Alumni dalam projek jangka panjang agar dapat kita berhubung dan membantu sesama kita."

Umak ai loteh ckp KL ni :). Apo2 pon mintak semuo bagi kerjasamo kasitau abag, akak, adik, ombong, acik ko sesapo yg skolah situ maghin yo. Kerjasamo anda didahului dengan jutaan timo kasih daun keladi :)

Assalammmmualaikumm!


Azmi
Presiden Al-Hikmah

Borang Keahlian Alumni

Sejarah Sekolah



Pada pertengahan tahun 1966, satu rombongan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Serting Ulu telah pergi berjumpa Tuan Sheikh Ahmad (beliau pada masa itu adalah Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus) untuk mendapatkan persetujuan beliau bagi membina sebuah masjid di Mukin Serting Ulu. Ahli-ahli Jawatankuasa yang menyertai rombongan ini terdiri daripada :

Abu samah bin Mat Zin (Ketua Kampung)
Razak bin Bawal (Nazir Masjid)
Idris bin ismail (Setiausaha Masjid)
Nordin bin Kohad (AJK Masjid)
Jusa bin Daud (AJK Masjid)

Rombongan AJK ini telah mengemukakan hajatnya kepada Tuan Mufti untuk mendirikan sebuah masjid di Mukim Serting Ulu. Setelah berbincang dengan panjang lebar, Tuan Mufti telah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Sebaliknya beliau bersetuju untuk mendirikan sebuah Sekolah Agama di Mukim Serting Ulu.

Hasrat untuk mendirikan sebuah masjid di Mukim Serting Ulu telah gagal. AJK telah membincangkan perkara yang telah dicadangkan oleh Tuan Mufti tersebut sewaktu dalam perjalanan pulang. Akhirnya mereka telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang telah dibuat ileh Tuan Mufti tersebut. AJK telah berjumpa dengan Ketua Kampung Bayai dan Ketua Kmapung Serting Tengah untuk membincangkan semula tentang pembinaan sebuah Sekolah Agama. Di akhir perbincangan tersebut, keputusan telah diambil bahawa pembinaan Sekolah Agama tidak akan diadakan disini. Pada penghujung tahun 1966, Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung telah diadakan di setiap Mukim. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Kampung masing-masing.

Pada 1 Januari 1967, ketiga-tiga kampung ini telah disatukan oleh Kerajaan Negeri. Mesyuarat pertama tersebut telah diadakan di Balai Raya Batu 39, Serting Tengah. AJK yang telah dilantik terdiri daripada :

1. Datuk Musa Lasim bin Pecuk (Ketua Kampung Bayai)
2. Tok Mat Arjo (Ketua Kampung Serting Tengah)
3. En. Abdullah bin Tahir
4. En. Md. Nor bin Ahmad
5. En. Sutin bin Samad
6. En. Silong bin Ibrahim
7. En. Idris bin Ismail
8. En. Karim bin Yassin

Dalam mesyuarat AJK, satu cadangan telah dibuat untuk mengadakan sebuah Kelas Agama di Mukim Serting Ulu. Kelas ini bertujuan untuk menampung anak-anak yang keluar dari sekolah kebangsaan yang berhampiran. Cadangan ini telah diterima sebulat suara. Setiausaha telah diarahkan untuk membuat permohonan pembikinan Kelas Agama tersebut kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada penghujung bulan November 1986, Jabatan Agam Islam telah meluluskan permohonan tersebut. Mulai 1 Januari 1969, guru-guru yang mengajar dan buku-buku teks pelajaran dibiayai oleh kerajaan. Kelas Agama ini dinamakan Sekolah Agama Rakyat. Sekolah ini ditempatkan di Balai Raya Serting Tengah. Pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar dibuka kepada lepasan sekolah-sekolah kebangsaan yang tamat darjah enam dari tempat yang berhampiran supaya dapat memasuki tingkatan satu disekolah ini.

Pada tahun pertama (1969), seramai 25 orang murid telah mendaftar. Guru pertama mengajar di sekolah ini ialah Ustaz Jamaludin. Kemudian disusuli oleh Ustazah Supiah binti Bador. Pada tahun 1970, seramai 27 orang murid lagi telah mendaftar dan seorang guru perempuan telah di tambah. Tahun berikutnya (1971), seramai 26 murid telah mendaftar. Memandangkan keadaan Balai Raya yang kecil dan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin ramai serta peralatan sekolah yang hanya dibiayai oleh Ajk, maka satu tindakan harus diambil.

Satu mesyuarat telah diadakan oleh AJK pentadbiran Sekolah-sekolah Agama Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu Tuan Haji Mustafa bin Haji Ahmad yang mewakili pihak jabatan untuk menguruskan satu tapak sekolah baru seperti yang ada sekarang.

Untuk mendirikan bangunan sekolah baru ini pihak AJK telah memungut derma dari orang ramai. Tuan Wan Fizi (Pegawai Perhutanan Daerah Kuala Pilah) telah menyumbangkan 1/3 daripada nilai perbelanjaan bangunan sekolah. Bakinya iaitu 2/3 adalah hasil sumbangan daripada orang ramai dan termasuk satu ribu ringgit sumbangan daripada YB. Dato' Thong Han Kim (Wakil Rakyat Bahau). Pembinaan sekolah ini telah dilaksanakan secara bergotong-royong.

Selepas dua tahun dugunakan, pihak Jabatan Agma Islam Negeri Sembilan Darul Khusus mendapati sekolah ini tidak sesuai lagi digunakan. Jabatan Agama dengan murah hati telah memberi peruntukan membina bangunan dua tingkat yang ada sekarang berserta dengan dua buah rumah guru. Pada penghujung tahun 1974, bangunan sekolah ini telah siap dibina. Sekolah ini hanya dapat menanpung murid-murid sehingga tingkatan tiga sahaja. Murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan SRP akan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah lain. Pada tahun 1975, bilangan murid yang memasuki sekolah ini semakin meningkat. Permohonan kemasukan murid-murid terpaksa ditapis bagi mereka yang datang dari jauh. Atas desakan ibubapa, pihak AJK telah menyediakan sebuah mini asrama untuk murid perempuan. Murid lelaki pula telah ditempatkan di rumah guru yang dijadikan asrama mereka. Pada masa itu bilangan penghuni asrama seramai 150 orang.

Pada awal tahun 1985, pihak Jabatan Agma Islam telah mendirikan sebuah bangunan tiga tingkat . Pada awal tahun 1986, bangunan ini telah dapat digunakan oleh murid-murid. Pengetua sekolah pada ketika ini ialah Ustaz Haji Osman bin Ismail yang mengantikan Ustaz Jamaludin yang telah ditukarkan pada tahun 1978.Ustaz Haji Osman telah dibantu oleh 9 orang guru. Ustaz Haji Osman telah bersara pada pertangahan tahun 1986. Beliau telah digantikan oleh Ustaz Surul bin Miri. Pada waktu itu bilangan pelajar telah meningkat ke angka 300 orang. Terdapat seramai 10 orang guru terlibat dalam pengajaran. Pada awla tahun 1989, Ustaz Surul telah bertukar ke sekolah Menengah Agama Ampangan dan digantikan oleh Ustaz Haji Kudus bin Haji Zainal. Pada masa itu terdapat seramai 20 orang guru yang mengajar di sekolah ini.Guru-guru ini adalah terdiri daripada guru-guru yang dipinjamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga guru-guru yang ditaja oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pada pertengahan tahun 1994, Ustaz Haji Kudus telah berpindah ke Sekolah Agama di bawah Kementerian Pendidikan dan tempatnya digantikan oleh pengetua yang baru iaitu Ustaz Abdul Malik bin Shamsudin. Dibawah pengurusan dan pentadbiran beliau, terdapat pelbagai kemajuan dan pembangunan yang telah beliau usahakan. Antaranya ianlah bangunan Asrama Puteri, Dewan Khalid Al Walid, dan juga bangunan Kemahiran Hidup Bersepadu. Beliau kemudiannya ditukarkan ke Sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh pada tahun 2003. Bermula pada tahun 2003 sehingga sekarang Ustaz Kamaruzaman bin Jaafar telah menjadi pengetua bagi Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa. Dibawah pimpinan beliau, pentadbiran sekolah telah berjalan dengan lancar dan disamping itu beliau telah berusaha keras untuk membaikpulih bagunan sekolah dan juga asrama. Selain daripada itu, bilangan pelajar telah bertambah dari masa ke semasa di atas permintaan yang tinggi daripada kalangan ibubapa dan penduduk setempat.

Sertai Kami


Buat masa ini kami masih lagi mengumpulkan data-data bekas pelajar SMASU & SMADHM yang masih dapat dihubungi. Jika andaatau rakan anda masih belum memberikan senarai lengkap atau info berkaitan butiran peribadi anda, anda boleh email kepada kami di alumnihikmah@gmail.com termasuklah gambar-gambar anda yang terbaik (seeloknya gambar sewaktu di sekolah dan gambar terbaru) untuk di paparkan di dalam blog ini seterusnya di simpan sebagai rujukan.

Diharap setiap ahli alumni dapat memanjangkan kisah tentang blog ini kepada kawan2 terdekat. Terima kasih. Isikan butir-butir diri anda melalui borang yang disediakan.


Tujuan Penubuhan

Tujuan penubuhan Alumni AL-HIKMAH ini adalah: 1. Mengumpulkan kesemua bekas pelajar SMASU/SMADHM khasnya. 2. Memberi berita terbaru tentang ahli-ahli. 3. Menubuhkan Tabung Khas alumni 4. Visi jangka panjang untuk menubuhkan Koperasi Alumni. 5. Menolong ahli-ahli yang memerlukan bantuan. 6. Merapatkan Ukhuwah.

Blog ini akan memuatkan segala aktiviti dan info berkaitan Alumni SMASU dan semua yang berkaitan dengan ahli-ahlinya. Anda boleh hubungi admin di alumnihikmah@gmail.com atau sms dan telefon ke 016-2377535

Tentang Kami

Alumni ini adalah alumni RASMI bagi bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Serting Ulu (SMASU) dan juga Sekolah Menengah Agama Dato Haji Mustafa (SMADHM). Sebarang pertanyaan, sila hubungi admin (AZMI) di 016-2377535 atau emel ke alumnihikmah@gmail.com
Listen to Quran